Skip to main content

LUBAN PENGUAT INGATAN DAN MAKAN MINDA TERBAIK


LUBAN atau dikenali juga KEMENYAN ARAB adalah antara makanan sunnah yang banyak khasiatnya dan berguna untuk tubuh badan sebagai antibiotik asli dan suplemen yang amat baik untuk manusia.

Luban rasanya agak pahit dan pedas serta kelat sikit. Agak sukar menikmati luban untuk pertama kali tetapi lama kelamaan anda pasti akan dapat menerima rasa luban ini.

Harga luban dalam sekitar RM30 untuk 100gram berpandukan jenis gred dan tempat anda mendapatkan luba.

Berikut adalah KHASIAT dan KELEBIHAN LUBAN :-
  1. Mengubati penyakit lupa terutama di kalangan golongan muda kerana faktor pemakanan dan persekitaran masa kini.
  2. Amat bagus untuk otak dan sesuai sebagai makanan tambahan minda untuk kanak-kanak atau pelajar serta hafazan.
  3. Turut membantu memperkuatkan penglihatan.
  4. Membantu memperkuatkan organ perut.
  5. Membantu mengurangkan kahak.
  6. Amat bagus memperkuatkan tulang.
  7. Turut membantu mengeluarkan angin dalam badan.
  8. Membantu memperkuatkan fungsi otak.
  9. Turut membantu melawaskan pembuangan air kecil.
  10. Membantu membersihkan hati.
  11. Membantu melancarkan pertuturan. dengan membantu meringankan penggunaan lidah.
  12. Amat bagus di makan oleh ibu hamil.
  13. Membantu mengurangkan kolesterol.
  14. Turut menghentikan penyebaran sel kanser.


Cara-Cara Makan Luban Atau Kemenyan Arab
  1. Ambil 3 ulas luban atau kemenyan arab dan kunyah. Pahit luban itu menjadi ubat untuk tubuh.
  2. Rendam 3 biji luban di dalam air kosong sebelah malam sebelum tidur. Pagi esok minum air ini sebaik sahaja bangun tidur.
  3. Makan luban atau kemenyan arab dengan mencicah ke dalam madu asli sebagai makanan tambahan di waktu pagi.
  4. Luban juga boleh ditambah di dalam kopi.
  5. Untuk makanan kecerdasan minda anak, tambah luban ke dalam minuman coklat atau susu kegemaran anak-anak anda.
  6. Harus Diingatkan disini, luban lebih bagus dikunyah seperti coklat getah untuk khasiat yang lebih bagus dan sempurna. Selepas dikunyah, sila buang sisa luban tersebut yang telah menjadi kenyal kerana bimbang ia menggangu usus atau sistem penghadaman anda.
  7. Luban atau kemenyan arab juga dikenali sebagai 'chewing gum' atau gula-gula getah arab.


Di Eropah, Luban ini lebih dikenali sebagai FRANKINCENSE. 

Minyak pati Frankincense amat popular digunakan sebagai bahan semulajadi yang berguna untuk kesihatan dan merupakan antara minyak pati yang mahal dan paling popular di kalangan peminat minyak pati itu sendiri.


Salah seorang herbalist yang saya kenali pernah memberitahu luban juga boleh menyembuhkan sakit belakang dan juga menyembuhkan tulang yang bengkok menjadi lurus kembali. Wallahualam.

Bagi anda yang menghadapi banyak masalah kesihatan, sila tambahkan luban dalam diet harian anda.

Comments

Popular posts from this blog

10 CARA KEJUTKAN ANAK SUSAH BANGUN WAKTU PAGI

Anak yang sukar bangun pagi memang menjadi cabaran kepada ibu bapa. Masalah ini juga tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Kebiasaanya pada hari ibu bapa bekerja atau hari bersekolah memang anak-anak perlu di latih bangun di awal pagi seperti jam 6 pagi. Berbeza dengan hari minggu, mereka boleh lajak tidur ke jam 10 pagi. Bila dikejutkan pasti ada adegan menangis, marah-marah dan segalanya menjadi lambat, kesudahanya kita lambat bergerak ke tempat kerja, anak-anak juga lambat ke sekolah. Dan yang paling kita tidak mahu, kesan negatif pada anak dengan kemarahan kita. Jadi, sebelum anak kita teruskan tabiat malas bangun pagi ini, kita perlu bertindak! biar lepas ni, bangun pagi adalah satu rutin yang best bagi anak-anak kita :) . Di antara cara- cara yang boleh kita cuba dan amalkan :- Sebelum memulakan kata-kata lain , berikan salam terlebih dahulu, "Assalamualaikum anak ibu, jom bangun" . tapi kadang-kadang kata-kata macam ni

LUBAN DAN MANFAATNYA

Luban pada masa kini semakin mendapat banyak permintaan kerana penemuan oleh para saintis tentang kebaikan luban. Luban atau dikenali sebagai Frankincense ini adalah getah resin yang terhasil dari torehan pada kulit pokok spesies Boswellia. Manfaat Luban . Meningkat fokus & daya ingatan Meredakan sakit kepala dan migrain Memperkembangkan kemahiran kognitif Mengurangkan stress dan anxiety Melindungi organ hati Baik untuk kesihatan gusi Masalah autoimmune ( Resdung, Asma dan Ekzema) Meningkatkan pengeluaran susu badan Anti-radang Anti- kanser Anti-fungal Anti-neoplastik (anti-tumor) Anti-bakteria Pohon Pokok Luban Getah Luban Terdapat banyak bukti kajian saintifik terhadap luban, antaranya…. Untuk meningkatkan memori otak. Luban merawat penyakit sawan. Hasil kajian mendapati luban dapat mengimbangi kesan bahaya serangan sawan terhadap fungsi kognitif. Luban sebagai anti-kanser. Pengambilan luban juga menghalang p

STF Sekolah Terbaik SPM 2017 Peringkat Kebangsaan

TANIAH STF! Keputusan SPM 2017 yang dikeluarkan semalam telah melonjakkan nama Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru (STF) sebagai sekolah terbaik keseluruhan SPM di peringkat kebangsaan dengan mencatatkan gred purata sekolah (GPS) sebanyak 1.109. Seramai 58 pelajar telah mencatatkan keputusan 9A. Peratus mendapat semua A adalah 44.60% berbanding 40.00% pada tahun 2016. FB Live Pengumuman SPM 2017 FB Live Harian Metro Taniah srikandi-srikandi Tun Fatimah kerana mengharumkan nama sekolah dan negeri Johor secara amnya. 😍 PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90, pencapaian lebih baik berbanding 5.05 pada 2016. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata pencapaian calon di bandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPN 4.75, berbanding 4.89 pada 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding 5.36 pada 2016 bagi luar bandar. Amin berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 66 peratus