Skip to main content

CARA SEIMBANG MENDIDIK ANAK DENGAN OTAK KANAN

Otak merupakan bahagian yang paling penting dalam tubuh kita. Otak mengatur perilaku manusia yang akan ditransformasikan ke bahagian tubuh yang lain. Dalam tubuh manusia mempunyai otak kiri dan otak kanan. Menurut beberapa penelitian, fungsi dari otak kiri mahupun otak kanan tersebut memiliki fungsi yang berbeza satu sama lain.

Ibu bapa yang inginkan anaknya seimbang cara bekerja / penggunaan otak, anda harus menyeimbangkan antara otak kiri dan otak kanan. Bagaimana pula dengan anak anda yang memang lebih cenderung menggunakan otak kiri?




Tentunya ia berkait rapat mengenai cara mendidik anak dengan otak kanan, agar otak kanan dan otak kiri anak anda dapat berfungsi dengan baik dan seimbang sehingga menjadi anak yang seimbang dari segi kecemerlangannya.

Paling penting otak kanan dan otak kiri, kedua-duanya saling melengkapi dan juga memiliki satu sudut yang berbeza, namun kedua-duanya memberikan respon positif. Jadi otak kiri dan otak kanan sama saja ada baiknya cara kerja otak kiri dan kanan saling seiring dan berfungsi satu sama lain.

Sebelum membahas bagaimana cara mendidik anak kita menggunakan otak kanannya, anda juga harus mengenali terlebih dahulu cara kerja dan fungsi dari otak kiri khususnya otak kanan. Cara mendidik anak dengan otak kanan ini pada umumnya sangatlah mudah sekali.

Bagi orang yang cenderung menggunakan otak kiri, biasanya orang tersebut sangat bersistematik, jika ia mengerjakan sesuatu maka dikerjakan secara berurutan, sebahagian besar hidupnya lebih selalu menulis dan bertutur.

Selain itu, otak kiri lebih cenderung menggunakan logik. Sedangkan bagi anak yang lebih dominan menggunakan otak kanan, biasanya mempunyai beberapa ciri-ciri seperti:-

1. Anak susah mengeja suku kata;
2. Kurang suka dengan soalan-soalan melibatkan angka atau matematik;
3. Susah belajar mengeja suku kata;
4. Susah membezakan huruf yang cenderung sama;
5. Lebih suka gambar berbanding angka yang rumit;
6. Berbicara tidak teratur;
7. Lebih suka dengan gambar dan lebih menyukai benda yang berwarna warni.




Jika anak anda lebih cenderung menggunakan otak kiri, ibu bapa harus berusaha semaksima mungkin untuk menyeimbangkan kedua-dua belah otak yang mana otak kanan juga harus digunakan secara maksima.

Cara mendidik anak dengan otak kanan biasanya dengan cara beri kebebasan terlebih dahulu terhadap hal-hal yang disukainya. Sebagai seorang guru mahupun ibu bapa tentunya langkah selanjutnya iaitu dengan melakukan visualisasi misalnya mengenalkan pada angka dalam bentuk gambar.

Kaedah ini angat sesuai dengan anak yang masih usia kanak-kanak, yang cenderung menyukai objek dalam bentuk gambar. Untuk melatih secara sistematik, anak boleh dilatih untuk belajar menyusun huruf atau angka secara menaik atau menurun supaya lama-kelamaan cara otaknya berfikir akan menjadi sistematik.

Comments

Popular posts from this blog

10 CARA KEJUTKAN ANAK SUSAH BANGUN WAKTU PAGI

Anak yang sukar bangun pagi memang menjadi cabaran kepada ibu bapa. Masalah ini juga tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Kebiasaanya pada hari ibu bapa bekerja atau hari bersekolah memang anak-anak perlu di latih bangun di awal pagi seperti jam 6 pagi. Berbeza dengan hari minggu, mereka boleh lajak tidur ke jam 10 pagi. Bila dikejutkan pasti ada adegan menangis, marah-marah dan segalanya menjadi lambat, kesudahanya kita lambat bergerak ke tempat kerja, anak-anak juga lambat ke sekolah. Dan yang paling kita tidak mahu, kesan negatif pada anak dengan kemarahan kita. Jadi, sebelum anak kita teruskan tabiat malas bangun pagi ini, kita perlu bertindak! biar lepas ni, bangun pagi adalah satu rutin yang best bagi anak-anak kita :) . Di antara cara- cara yang boleh kita cuba dan amalkan :- Sebelum memulakan kata-kata lain , berikan salam terlebih dahulu, "Assalamualaikum anak ibu, jom bangun" . tapi kadang-kadang kata-kata macam ni

LUBAN DAN MANFAATNYA

Luban pada masa kini semakin mendapat banyak permintaan kerana penemuan oleh para saintis tentang kebaikan luban. Luban atau dikenali sebagai Frankincense ini adalah getah resin yang terhasil dari torehan pada kulit pokok spesies Boswellia. Manfaat Luban . Meningkat fokus & daya ingatan Meredakan sakit kepala dan migrain Memperkembangkan kemahiran kognitif Mengurangkan stress dan anxiety Melindungi organ hati Baik untuk kesihatan gusi Masalah autoimmune ( Resdung, Asma dan Ekzema) Meningkatkan pengeluaran susu badan Anti-radang Anti- kanser Anti-fungal Anti-neoplastik (anti-tumor) Anti-bakteria Pohon Pokok Luban Getah Luban Terdapat banyak bukti kajian saintifik terhadap luban, antaranya…. Untuk meningkatkan memori otak. Luban merawat penyakit sawan. Hasil kajian mendapati luban dapat mengimbangi kesan bahaya serangan sawan terhadap fungsi kognitif. Luban sebagai anti-kanser. Pengambilan luban juga menghalang p

STF Sekolah Terbaik SPM 2017 Peringkat Kebangsaan

TANIAH STF! Keputusan SPM 2017 yang dikeluarkan semalam telah melonjakkan nama Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru (STF) sebagai sekolah terbaik keseluruhan SPM di peringkat kebangsaan dengan mencatatkan gred purata sekolah (GPS) sebanyak 1.109. Seramai 58 pelajar telah mencatatkan keputusan 9A. Peratus mendapat semua A adalah 44.60% berbanding 40.00% pada tahun 2016. FB Live Pengumuman SPM 2017 FB Live Harian Metro Taniah srikandi-srikandi Tun Fatimah kerana mengharumkan nama sekolah dan negeri Johor secara amnya. 😍 PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90, pencapaian lebih baik berbanding 5.05 pada 2016. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata pencapaian calon di bandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPN 4.75, berbanding 4.89 pada 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding 5.36 pada 2016 bagi luar bandar. Amin berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 66 peratus