Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

SERING PENING PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH? INI CARA MENGAWALNYA..

Pernahkah anda dengar penyakit tekanan darah rendah? Apakah symptom-simptom tekanan darah rendah atau hypotension? Lalu, terjadilah simptom seperti: Pitam / pening yang kerap Tidak stabil Pengsan Penglihatan kabur Jantung berdegup laju Mudah terkeliru Rasa mual Bila terjadi simpton-simpton ini jangan panik. Hentikan aktiviti yang sedang dilakukan, duduk atau baring dan minum air. Rehatkan diri sehingga keadaan kembali normal. Jika masih sama, anda perlu rujuk di klinik atau hospital berhampiran. Rasa mual, pening, loya, dan pitam adalah tanda-tanda tekanan darah rendah CARA MENGATASI TEKANAN DARAH RENDAH Bagi mereka yang menghidap penyakit ini disarankan agar: 1. BANGUN PERLAHAN-LAHAN Terutamanya apabila bangun dari tidur setiap pagi. Buat senaman ringan dahulu seperti stretching agar pengaliran darah berjalan dengan sempurna. Kemudian, baru bangun perlahan-lahan dan bergerak aktif. 2. ELAK BERDIRI TERLALU LAMA Untuk elakkan

10 CARA KEJUTKAN ANAK SUSAH BANGUN WAKTU PAGI

Anak yang sukar bangun pagi memang menjadi cabaran kepada ibu bapa. Masalah ini juga tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Kebiasaanya pada hari ibu bapa bekerja atau hari bersekolah memang anak-anak perlu di latih bangun di awal pagi seperti jam 6 pagi. Berbeza dengan hari minggu, mereka boleh lajak tidur ke jam 10 pagi. Bila dikejutkan pasti ada adegan menangis, marah-marah dan segalanya menjadi lambat, kesudahanya kita lambat bergerak ke tempat kerja, anak-anak juga lambat ke sekolah. Dan yang paling kita tidak mahu, kesan negatif pada anak dengan kemarahan kita. Jadi, sebelum anak kita teruskan tabiat malas bangun pagi ini, kita perlu bertindak! biar lepas ni, bangun pagi adalah satu rutin yang best bagi anak-anak kita :) . Di antara cara- cara yang boleh kita cuba dan amalkan :- Sebelum memulakan kata-kata lain , berikan salam terlebih dahulu, "Assalamualaikum anak ibu, jom bangun" . tapi kadang-kadang kata-kata macam ni