Anak yang sukar bangun pagi memang menjadi cabaran kepada ibu bapa. Masalah ini juga tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Kebiasaanya pada hari ibu bapa bekerja atau hari bersekolah memang anak-anak perlu di latih bangun di awal pagi seperti jam 6 pagi. Berbeza dengan hari minggu, mereka boleh lajak tidur ke jam 10 pagi. Bila dikejutkan pasti ada adegan menangis, marah-marah dan segalanya menjadi lambat, kesudahanya kita lambat bergerak ke tempat kerja, anak-anak juga lambat ke sekolah. Dan yang paling kita tidak mahu, kesan negatif pada anak dengan kemarahan kita. Jadi, sebelum anak kita teruskan tabiat malas bangun pagi ini, kita perlu bertindak! biar lepas ni, bangun pagi adalah satu rutin yang best bagi anak-anak kita :) . Di antara cara- cara yang boleh kita cuba dan amalkan :- Sebelum memulakan kata-kata lain , berikan salam terlebih dahulu, "Assalamualaikum anak ibu, jom bangun" . tapi kadang-kadang kata-kata macam ni tak memb